HiburanUncategorized

FINAS serbu lokasi buat penggambaran filem

PERBADANAN Filem Nasional Malaysia (Finas) melakukan satu serbuan ke sebuah lokasi pengambaran kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis di Sunway Velocity Cheras pada 29 Jun lalu oleh Unit Penguatkuasa, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas.

“Hasil serbuan tersebut mendapati bahawa terdapat aktiviti penggambaran filem yang dijalankan di premis berkenaan dalam tempoh PKP Fasa Pertama.

“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas pihak berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244),” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Idham mengingatkan kepada semua syarikat produksi untuk terus mematuhi segala SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung kes penularan pandemik COVID-19.

Jelasnya, Finas juga menyatakan komitmen untuk bertindak lebih agresif dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP PKP 3.0 ini serta mengalu-alukan
sebarang aduan daripada masyarakat awam untuk melaporkan kepada FINAS sekiranya
mendapati berlaku pelanggaran SOP melibatkan aktiviti penggambaran.

“Sebarang aduan dan pertanyaan lanjut boleh berhubung menerusi talian 03-41041300 (Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan) dan emel di [email protected],” katanya. -SM

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button