Hiburan

Akhirnya Syamsul lafaz cerai terhadap Puteri Sarah 

Akhirnya kemelut rumah tangga antara pasangan sensasi, Puteri Sarah dan Syamsul Yusuf menamatkan tiktik noktah apabila pengarah Mat Kilau itu melafazkan talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Syamsul Yusuf dan Puteri Sarah selepas lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah

Pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai, di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin llyas.

Hakim Syarie mensabitkan berlaku perceraian dan memerintah Puteri Sarah Liyana Kamaruddin,38, menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah memaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq atau perbalahan berpajangan pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu merekadikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam 6 tahun dan Summayah 4 tahun.

 

Artikle Berkaitan :>

Syamsul Yusuf akhirnya setuju ceraikan Puteri Sarah

Syamsul Yusuf enggan ceraikan Puteri Sarah

(Visited 253 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button