Hiburan

Rita Rudaini samakan meroyan dengan zikir

“BILA kita cakap apa-apa, up apa-apa kata meroyan. Yang hangpa hari-hari dok mengeji orang tak vaksin dok panggil orang antivacc kat fb/ig tu bukan meroyan? Ooo tu zikir kan?”.

Itu catatan yang jelas oleh pelakon wanita bernama Rita Rudaini yang dilihat seolah-olah menyamakan situasi orang meroyan dengan berzikir.

Dalam hantaran di media sosial Instagramnya, Rita yang bukanlah artis baharu sepatutnya lebih matang dalam menzahirkan apa yang dirasakannya.

Dengan menulis dalam bentuk dialek atau loghat utara, Rita terus menyelar kalangan mereka yang dipandangnya tidak senang duduk dan berterusan mengumpat dan mengejinya yang tidak divaksin.

Mendakwa ramai yang panas hati dengannya, kata Rita, “aku kat rumah sahaja. semua kan di hujung jari sekarang ini. Shop online aje. Pakat dok panaih aku tak vaksin. Aku pun tak faham depa ni sebenarnya panaih pasal apa.”


Pukul rata dengan apa yang menimpa dirinya, Rita berkata, segala apa yang dimuatnaik di IGnya tidak ada kena mengena dengan hidup sesiapa pun.

Dalam loghat utara, catat Rita, “aku post benda kat IG tak dak kena mengena dengan hidup tok nenek hampa pun pampa hangat.”|

Memang Rita tak kelubur atau kelaparan jika tiada tawaran daripada mana-mana produksi. Tetapi biarlah dalam menulis, berlapik dan jangan mencarut. Itu mencerminkan keperibadian dia sebagai seorang artis. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button