Nasional

MyIPO peruntuk RM2 juta dana untuk usahawan daftar harta intelek

SEBANYAK RM2 juta diperuntukkan bagi inisiatif Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dibawah inisiatif DAYA kreatif.

DAYA merupakan inisiatif KPDN yang menekankan kepada strategi mendaya upayakan rakyat dalam menangani isu Kos Sara Hidup dan memberi fokus kepada pemain industri kreatif di Malaysia berkenaan hakcipta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata dana ini dijangka memanfaatkan hampir 2,000 usahawan terutamanya daripada sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Dana ini merangkumi pembiayaian fi bagi semua pemfailan komponen harta intelek termasuk kos bagi kerja yang memerlukan khidmat profesional dan teknikal seperti penderafan paten.

“Diharap dana ini dapat membantu meringankan beban usahawan tempatan seterusnya meningkatkan daya saing melalui perlindungan harta intelek dan merangsangkan ekonomi negara,” katanya selepas melancarkan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0.

Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 boleh dibuat secara dalam talian atau hadir ke ibu pejabat dan cawangan MyIPO berhampiran. -SM

 

 

 

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button