Hiburan

Syamsul Yusuf enggan ceraikan Puteri Sarah

TIDAK mahu menceraikan Puteri Sarah, Syamsul Yusuf nampaknya memilih untuk ‘menggantung Sarah tanpa tali’.

Biar apa pun alasan yang diberikan oleh Syamsul yang enggan menceraikan Sarah, mungkin Sarah akan bertindak lebih jauh untuk menuntut cerai secara fasakh daripada Syamsul.

Kata Syamsul semasa hadir ke prosiding sebutan kes tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, dia percaya antara dirinya dengan Sarah, masih ada jalan untuk berdamai walaupun dia telah memadukan isterinya itu dengan mengahwini Ira Kaza.

Menerusi satu rakaman video yang sedang tular di media sosial Tiktok, kata Sarah, Syamsul tidak mahu melepaskannya serta menyatakan Syamsul percaya masih boleh jumpa jalan perdamaian.

Syamsul Yusuf ketika hadir di mahkamah

“Dia kata tak nak lepaskan Sarah dan dia juga menyatakan masih ada sinar. Sinar apa? Sinar Harian? Dia kata masih ada sinar,’’ kata Sarah walaupun bunyinya agak lucu (Sinar Harian) tetapi maksudnya amat mendalam untuk difahami akal waras Syamsul.

Sarah turut mempersoalkan sinar yang dimaksudkan oleh anak Datuk Yusuf Haslam itu. Bagaimanapun, Sarah meminta kepada Syamsul agar melepaskan dirinya secara baik.

Sarah turut memaklumkan mahkamah bahawa dirinya pernah dipukul oleh Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, pada tahun 2020 dan membuat keputusan untuk keluar rumah.

Bagaimanapun disebabkan masih mempunyai perasaan sayang terhadap lelaki itu yang juga bapa kepada cahaya matanya, Sarah tidak membuat sebarang laporan polis atau mengulas mengenai kejadian tersebut.

Puteri Sarah dengan keadaan tenang ketika baru hadir di Mahkamah Syariah

“Masa itu saya tidak buat laporan sebab sayang. Bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.

“Yang menyelamatkan saya ketika dipukul ialah ibu mentua saya, Datin Fatimah Ismail. Beliaulah yang membawa saya keluar dari rumah dalam kejadian tiga tahun lalu.

“Malah, Syamsul pun tahu kenapa saya keluar rumah,” cerita Sarah yang tidak harus dikatakan nusyuz.
Walau bagaimanapun Syamsul tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan di hadapan media apabila diajukan dengan soalan-soalan sebaliknya dia terus masuk ke dalam kereta dan beredar dari perkarangan Mahkamah Rendah Syariah.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik wakil Jawantankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka. – SM

Artikel berkaitan > Puteri Sarah bakal kembali ‘single’, Syamsul Yusof gagal jaga hati ‘bidadari tercantik’

(Visited 789 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button