HiburanMahkamah

Puteri Sarah bakal kembali ‘single’, Syamsul Yusof gagal jaga hati ‘bidadari tercantik’

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, pagi ini.

Puteri Sarah berkata, tuntutan cerai dibuat selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.

Malah, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menegaskan, keputusan memfailkan perceraian adalah muktamad dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apapun berlaku. – SM

(Visited 528 times, 10 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button