Bola SepakSukan

Chelsea sepatutnya diberi penalti

Manchester United dan Chelsea terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri pada perlawanan Liga Inggeris pagi ini.

Perlawanan agak seimbang walaupun Chelsea berpeluang menjaringkan gol melalui Azpilicueta tetapi dikasari di dalam kotak penalti oleh pertahan United Harry Maguire.

Maguire merangkul Azpilicueta ala aksi gusti ketika pemain pertahanan Chelsea itu mempunyai peluang cerah melalui tandukan.

Para peminat Chelsea mempertikaikan bagaimana Maguire terlepas daripada tindakan yang sepatutnya dilayangkan kad merah.

Pengadil juga tidak langsung berminat untuk menggunakan VAR dalam situasi itu.

Ketangkasan penjaga gol Chelsea Edouard Mendy juga berjaya mengagalkan United daripada mencetak gol termasuk rembatan minit terakhir oleh Marcus Rashford.

United, yang kalah dalam dua pertandingan pembukaan musim ini, memperoleh tujuh mata dari lima perlawanan dan berada di tempat ke-15 sementara Chelsea berada di tempat keenam dengan sembilan mata dari enam perlawanan.

Marcus Rashford menghasilkan usaha pertama yang tepat pada gawang pada minit ke-35 ketika dia berada di ruang di sebelah kanan tetapi cubaan rendahnya diselamatkan oleh kaki kanan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy.

Mendy kembali beraksi, enam minit kemudian, ketika dia terbang untuk menepis ledakan Juan Mata di tiang.

Terdesak mencipta kemenangan, pengurus United Ole Gunnar Solskjaer membawa masuk Paul Pogba dan Edinson Cavani pada minit ke-58.

Cavani dari Uruguay, yang membuat penampilan sulungnya di United, hampir menjaringkan gol dari sentuhan pertamanya dengan gerakan bijak dari hantaran lintang Bruno Fernandes yang masuk ke jaring sisi.

Chelsea memberi sedikit ancaman dan United yang paling dekat dengan kemenangan pada minit ke-90 tetapi Mendy memastikan ia tidak berlaku dengan sekali lagi tangkas menepis sepakan lengkung Rashford.

Permainan 90 minit berlangsung dalam cuaca hujan dan padang licin yang menjejaskan rentak perlawanan.

 

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button