Bola SepakSukan

Manchester United tidak layak menang – Solskjær

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjær mengakui pasukannya tidak memberikan persembahan terbaik ketika hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Southampton.

Jaringan penyamaan The Saint pada minit keenam masa kecederaan itu menyebabkan peluang United untuk mengatasi Chelsea dan Leicester untuk tempat ketiga tidak kesampaian.

Keputusan itu mengekalkan United di tangga kelima ekoran jaringan lewat Michael Obafemi setelah berlaku kelam kabut depan gawang hasil sepakan sudut James Ward-Prowse.

Solskjær menggambarkan ia sebagai waktu terburuk untuk bolos akibat pasukannya tidak bermain seperti mana yang diharapkan.

“Kami tidak mendapat rentak melalui hantaran-hantaran yang kami mahukan. Kami ingat sudah dapat tiga mata dalam tangan tetapi sesungguhnya kami tidak layak untuk menang.

“Pamain kami telah bermain dengan hebat, tetapi bola sepak ditentukan oleh detik-detik utama dalam perlawanan.

“Kamu tidak akan mendapat tiga mata pada tahap ini, kamu perlu berusaha untuk mendapatkannya terutama ketika menentang pasukan yang hebat seperti Southampton.

“Kami kecewa, tetapi begitulah keadaannya. Saya rasa kami sudah bertahan dengan baik sehinggalah tendangan sudut yang terakhir,” katanya.

Pada waktu itu United bermain dengan 10 orang dan semua pemain simpanan sudah digunakan apabila Brandon Williams terpaksa dibawa keluar ekoran keceraan di kepala selepas berlanggar dengan Kyle Walker-Peters.

Malang bagi juga United apabila VAR mengesan bentesan lewat oleh Oriol Romeu ke atas  Mason Greenwood yang ramai merasakan itu perlu diberikan kar merah. – TheGuardian

 

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button