JenayahMahkamahNasional

Dua lelaki direman 6 hari tumbuk muka pekerja kedai serbaneka

DUA lelaki yang ditahan selepas dipercayai menumbuk muka pekerja kedai serbaneka di Semenyih dalam kejadian Selasa lalu, direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi terhadap suspek, masing-masing berusia 31 dan 32 tahun itu di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, pagi tadi, menurut laporan Berita Harian.

Reman terhadap mereka sehingga 27 Jun itu bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz, 40, berkata, beliau bersyukur apabila polis berjaya mengesan dua suspek dipercayai terbabit dalam kes tumbuk membabitkan anak lelakinya yang berusia 18 tahun.

“Saya harap kes ini dapat diselesaikan segera dan pesalah itu mendapat hukuman setimpal dengan sakit serta trauma yang dialami anak saya,” katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, pekerja sebuah kedai serbaneka di Bandar Rinching, Semenyih cedera di muka selepas ditumbuk lelaki mabuk kerana menegurnya mengambil payung dalam premis berkenaan, kira-kira pukul 5 pagi.

Suspek juga merakam swafoto bersama mangsa sebelum beredar meninggalkan premis. – SM

BACA Ramai sifatkan lelaki ini psikio, tumbuk pekerja 7E lepastu selfie!

BACA Duda didenda RM3,000 tumbuk muka teman wanita

 

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button