AgamaNasionalNegeri

Raja Muda serah RM200,000 sumbangan rakyat Perlis kepada Turkiye, Syria

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyerahkan sumbangan rakyat Perlis melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM200,000 bagi membantu mangsa bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Penyerahan sumbangan hasil kutipan berkenaan telah disampaikan kepada pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

Turut mengiringi Baginda ketika menyampaikan sumbangan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor itu ialah Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menzahirkan ucapan takziah Baginda kepada seluruh mangsa dan keluarga yang terlibat dan berharap agar mereka kekal tabah menghadapi ujian ini serta berharap agar keadaan akan segera pulih seperti sedia kala.

“Beta yakin semua pihak terutamanya pemerintah tempatan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memulihkan keadaan mangsa dan keluarga, namun amat berharap agar seluruh dunia terus membantu menghulurkan segala bantuan yang mungkin khususnya pada tempoh bulan puasa sekarang sehinggalah keadaan kembali seperti sedia kala kelak,” titah Baginda.

Dalam hubungan ini, Mohd Nazim mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang budiman yang memberikan kepercayaan menghulurkan sumbangan melalui MAIPs.

Jelas beliau, kerjasama antara MAIPs dan MyCARE akan sentiasa diperkukuhkan dalam menjalankan misi kemanusiaan dalam bidang yang dipersetujui bersama pada masa-masa akan datang. – SM

BACA MAIPs saran umat Islam guna peluang penghujung tahun ini berzakat

BACA RCB serah zakat perniagaan RM945,934 kepada MAIPs

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button