Bola SepakJenayahSukan

FAM terima laporan penolong jurulatih Selangor FC dipukul

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menerima aduan daripada Selangor FC membabitkan penolong jurulatih mereka dipukul pada perlawanan separuh akhir Piala FA pada Jun lalu.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, pihaknya menerima aduan daripada Selangor FC pada 25 Julai lalu membabitkan penolong jurulatih, Ramon Marcote dipukul pada perlawanan terbabit sebelum menyerahkan kes berkenaan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan lanjut.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman

“Kita menerima aduan daripada Selangor pada 25 Julai lalu membabitkan penolong jurulatih iaitu Marcote dipukul oleh individu lain.

“Beri masa Jawatankuasa Tatatertib untuk melakukan siasatan terperinci sebelum mengumumkan tindakan lanjut kelak,” katanya seperti mana dilaporkan Arena Metro.

Terdahulu, seorang penolong jurulatih sebuah pasukan gergasi Liga Super dibelasah ketika saingan Piala FA pada Jun lalu.

Menurut sumber, penolong jurulatih berusia 46 tahun itu dipercayai dipukul sebaik tamat perlawanan membabitkan dua gergasi bola sepak tanah air sebelum dileraikan oleh pegawai pasukan yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, individu yang memukul penolong jurulatih terbabit adalah bekas pemain sebuah pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur dan Selatan tanah air selain enam kali mewakili skuad kebangsaan.

PENOLONG jurulatih Selangor FC, Ramon Marcote – GAMBAR FACEBOOK

Berikutan kejadian itu, penolong jurulatih yang pernah berkhidmat dengan beberapa pasukan Liga Super membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) untuk tindakan susulan.

Difahamkan individu yang memukul penolong jurulatih itu tidak lagi beraksi untuk mana-mana pasukan di Liga Super.

Dia bagaimanapun aktif dan terbabit dengan beberapa perkara dalam saingan bola sepak tempatan. – SM

BACA Penolong jurulatih Liga Super ‘dibelasah’
BACA FAM, MSN bentuk pasukan beraksi dalam Liga Premier

 

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button