Jenayah

Sultan Johor arah siasat kain rentang anti-Rohingya di depan masjid

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Pejabat Penghulu untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung pengantungan rentang anti-Rohingya di hadapan sebuah masjid di Johor.

Sultan Johor bertitah, mahu hasil siasatan tersebut dilaporkan kepada baginda.

Menurut Sultan Ibrahim, isu kain rentang anti-Rohingya yang tular di dalam laman media sosial itu telah mengundang pelbagai reaksi negatif, terutamanya terhadap institusi masjid dan surau di kawasan berkenaan.

“Saya juga mahu semua pihak berhenti daripada menyebarkan khabar angin dan spekulasi kerana tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

“Jangan terburu-buru mengeluarkan kenyataan di media sosial tanpa usul periksa sehingga lupa bahawa perkara yang ditulis kemungkin adalah fitnah,” titah Sultan Ibrahim

Baru-baru ini Ahli parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mengecam tindakan pihak yang menaikkan kain rentang di hadapan sebuah masjid di Kampung Plentong Baru, Johor yang melarang kedatangan pelarian Rohingya menetap di situ.

Dalam Facebooknya, Hassan berkata, beliau kesal jika sepanduk yang dipasang di depan surau itu dinaikkan oleh jawatankuasa surau itu sendiri.

“Saya minta mufti negeri Johor supaya memanggil semua jawatankuasa masjid surau berkenaan jika mereka yang memasang sepanduk menghalang rakyat Rohingya datang ke kampung Plentong Baru untuk menegur dan mendidik mereka.

“Tanggungjawab seorang Muslim kepada seseorang manusia lain ialah memberi perlindungan ke atas manusia lain yang mengalami penindasan seperti rakyat Rohingya yang ditindas oleh kerajaan Myanmar,” kata catat Hassan dalam kenyataan di Facebook.

Kain rentang itu tertulis “kami tidak mengalu-alukan Rohingya” dan “kami tak perlukan anda di sini”.-SM

(Visited 490 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button