Nasional

Razarudin dilantik Ketua Polis Negara baharu

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rashid dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu, berkuat kuasa Jumaat ini. Pelantikan Razarudin bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan secara kontrak Razarudin sebagai Ketua Polis Negara selama dua tahun sehingga 22 Jun 2025.

PKR
Saifuddin Nasution Ismail

Menurut beliau, Razarudin, 61, dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor.

“Beliau (Razarudin) yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kontinjen.

“Beliau memulakan tugas pada tahun 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat (IO) dan meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga tahun 1996 dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di Daerah Muar, Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Saifuddin Nasution, Razarudin kemudiannya dilantik sebagai ASP Pentadbiran di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di daerah sama pada tahun 1997.

Katanya, pada tahun 1998 beliau kembali bertugas di JSJ Daerah Muar sebagai Pegawai Penyiasat Kanan dan di jabatan yang sama di Kontinjen Johor. – SM

 

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button