Nasional

Usia 65 buka langkah sambung sarjana, doktor falsafah

Tanjung Malim, 21 Jun 2022: Untuk belajar ke peringkat tertinggi, faktor usia tidak boleh dijadikan halangan.

Itu antara pegangan bagi graduan Doktor Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Tamil,Dr Govindan Maruthai,76, sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ke-23 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.

Govindan bersama isteri, dan dua anaknya melihat ijazah Doktor Falsafah yang diterimanya daripada Canselor , Tuanku Zara Salim.

Walaupun sudah bersara pada 20 tahun lalu dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Unit Bahasa Tamil, Bahagian Pembangunan Kurikulum , di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belajar adalah satu kepuasan yang sukar dibayangkan.

Selepas bersara saya tunaikan impian melanjutkan pengajian yang terpendam sekian lama ketika berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Govindan yang bersara pada usia 56 menyambung kerja secara kontrak sehingga usianya 65 tahun dan memulakan pengajian sarjana seterusnya peringkat Doktor Falsafah pada 72 tahun atas dorongan isterinya, Dr Rajeswari Arumugam.

“Bila berhenti kerja tanpa berbuat apa-apa mendorong saya menyambung pengajian peringkat sarjana di India dan Universiti Malaya dalam pengajian bahasa Tamil dan bahasa Inggeris ketika berusia 65 tahun bagi mengisi masa lapang,” katanya.

“Semasa bekerja saya tidak sempat belajar disebabkan kesibukan dengan tugas, namun saya menyimpan impian untuk sambung belajar,” katanya.

“Perasaan saya sangat gembira dan puas atas pencapaian ini kerana mampu mencapai tahap yang menjadi impian saya sekian lama,” katanya.

Govindan yang mempunyai seorang cucu lelaki dari anak perempuannya, Marahatha Nanggai Govindan, 40, seorang jurutera manakala anak lelakinya, Arunan Govindan, 39, perunding insurans Allianz.

“ Saya bersyukur kerana berjaya menyiapkan penulisan tesis bertajuk The Concepts of Saiva Siddhantam in Cuntarar Tevaram di bawah penyeliaan Prof Madya Dr Samikkanu Jabamoney a/l Ishak Samuel dalam tempoh lima semester atau dua tahun setengah.

Dr Rajeswari berkata suaminya bekerja keras dan profesional untuk menyiapkan tesis dan dalam masa sama membantu mengedit tesis Doktor Falsafah beliau.

Kini Govindan menjadi pengajar sambilan bahasa Inggeris di Universiti Malaya.

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button