Hiburan

Emma Maembong dah bersalin 8 November lalu

BAGI yang mengikuti perkembangan Emma Maembong menerusi akaun Instagram, pastinya tidak sabar untuk melihat bayi sulung pelakon itu.

Iya lah, Emma sering memuat naik gambar badannya berbadan dua daripada mula kandungan sehinggalah kini.

Tetapi sayangnya, berita kelahiran bayi tersebut tidak diumumkan Emma dan hanya dimaklumkan menerusi akaun Instagram suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Menerusi status yang dimuat naik Muhammad Shazli, Emma telah selamat melahirkan anak mereka pada 8 November lalu.

Turut disertakan bersama gambar yang dimuat naik pada hari ini ialah gambar bayi mereka.

Semalam, sebuah akhbar tempatan mendedahkan yang Emma sudah melahirkan anak lelaki dan sudah pun melakukan majlis aqiqah anak mereka.

Namun, berita itu menimbulkan persoalan kerana tidak ada sebarang pengumuman dibuat Emma mahupun ahli keluarganya yang lain berkenaan dengan berita gembira tersebut.

Perkara tersebut juga menjadi tanda tanya kepada peminat yang mengikuti perkembangan pelakon wanita itu daripada fasa awal kehamilannya.

Untuk rekod, Emma dan pasangan telah bernikah pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan dirinya hamil ketika usia kandungan memasuki 4 bulan iaitu semasa mereka sedang bercuti di Langkawi tempoh hari. -SM

(Visited 920 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button