Hiburan

Mira Filzah keluarkan produk jenama sendiri

PELAKON dan model Mira Filzah, 30, menolak tawaran menjadi duta Muslimah Ariani kerana mahu menghasilkan produk tudung jenama sendiri.

Mira Filzah semasa pelancaran jenama tudung

Walaupun Mira masih menjadi duta untuk beberapa jenama seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold namun tidak menghalangnya memiliki tudung jenama sendiri.

Menurut Mira, sebelum ini memang sudah ada mengeluarkan jenama tudungnya sendiri pada tahun 2016 namun tidak dapat meneruskannya kerana terlalu sibuk dengan lakonan dan menjadi duta untuk jenama-jenama lain.

“Sudah tiba masanya saya mempunyai jenama sendiri dan ini merupakan impian saya sejak dahulu lagi. Tahun ini adalah yang terbaik untuk saya melahirkan jenama Mira Filzah,” katanya.

Menurut Mira, dia meminati bidang keusahawanan dan fesyen sejak di zaman universiti iaitu sekitar 2011.

“Dan kebetulan juga tahun itu merupakan kemuncak saya blogging,” ujarnya pada majlis pelancaran jenama Mira Filzah.my

Jenama Mira Filzah.my mempamerkan tiga koleksi tudung iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection dan Go-To.

Mira Filzah.my turut menjual selendang dan tudung bawal dalam pelbagai warna lembut dan berani yang memaparkan personaliti Mira sendiri.
Mira juga bercita-cita untuk menjadikan jenamanya sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia dan dapat dikembangkan di peringkat antarabangsa.

Harga bermula RM69 untuk Tudung Go-To iaitu tersedia dalam 11 warna, M99 untuk Koleksi Rise dan Koleksi Sweet Dreams didatangkan dalam empat dan tujuh warna.

Koleksi boleh dibeli melalui www.mirafilzah.com dengan penghantaran percuma dalam Malaysia. – SM

(Visited 592 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button