Hiburan

Puteri Sarah saman pegawai pemasaran pula

MENERUSI Instagram yang dikongsi oleh Pelakon Puteri Sarah kali ini bertindak menyaman seorang wanita yang merupakan pegawai pemasaran yang menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan membabitkan mereka berdua.

Notis tuntutan kenyataan fitnah telah difailkan terhadap Nazatul Nazira Binti Zainol Abidin, tindakannya sebelum ini untuk menjatuhkan reputasi Sarah sebagai seorang selebriti dan ahli perniagaan.

Notis tuntutan saman

Terdapat lima kenyataan yang dikeluarkan oleh individu terbabit, antaranya adalah menuduh Puteri Sarah mengambil dadah, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

“Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.” tulis Puteri Sarah.
Tuntutan ganti rugi sebanyak RM1 juta telah dikemukan oleh peguam yang dilantik oleh pelakon itu, untuk kerosakan status, reputasi, maruah serta tekanan mental dan emosi. ‘

Selain itu permohonan maaf perlu dilakukan secara terbuka terhadap Puteri Sarah dan perintah injunksi bagi menghalang daripada mengeluarkan kenyataan.

Sebelum ini dilaporkan seorang wanita medakwa dirinya telah ditipu oleh pelakon yang merupakan rakan perniagaanya.

Artikle Berkaitan :>

Puteri Sarah dedah surat saman terhadap bekas menantu Kazar, Wiwi Darvinda

Kini bekas kakak ipar Ira Kazar pula bakal disaman oleh Puteri Sarah!

Syamsul nak saman Jawi namun ini pula respon Puteri Sarah

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button