NasionalpilihanUncategorized

Dua wanita terlibat sindiket pengedaran dadah ditahan

DUA wanita berusia lingkungan 31 dan 35 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sebuah apartment di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, kedua-dua mereka ditahan kira-kira pukul 7.40 pagi pada 30 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik didiami kedua-dua suspek menemukan 1,480 paket plastik mengandungi dadah jenis Heroin (2.9 kilogram) dan 250 peket dadah jenis Methamphetamie (261 gram).

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah
jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.

Menurut Basri, nilai keseluruhan dadah yang dirampas ialah RM43,750 dan kesemua dadah itu boleh dibekalkan kepada 1,730orang pengguna dadah di kawasan Lembah Klang.


Jelasnya, suspek pertama terlibat dalam aktiviti dadah lebih kurang setahun dan suspek kedua terlibat dalam aktiviti dadah lebih kurang 10 tahun.

“Hasil semakan mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 379 Kanun keseksaan, manakala suspek kedua mempunyai (9) rekod lampau dibawah Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, Seksyen 3(1) APD 1952 dan Seksyen 419 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan dengan kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati. -SM

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button