Nasionalpilihan

Kolaborasi UniMAP dan industri penuhi keperluan pasaran kerja

KEMENJADIAN pelajar tidak hanya diukur kepada kecemerlangan bidang akademik sebaliknya pasaran pekerjaan hari ini memerlukan lepasan graduan yang mempunyai kualiti diperlukan oleh industri.

Bagi merealisasikan matlamat berkenaan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil langkah proaktif menjalinkan kolaborasi bersama industri bagi menyediakan graduan yang kompeten, berinovatif dan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Sejajar dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), UniMAP melebarkan kolaborasi menerusi memorandum perjanjian (MoA) dengan Haro Sport & Entertainment dan Mega Jati Academy Sdn Bhd (MJASB) pada majlis yang diadakan di UniMAP@Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata, menerusi perjanjian dengan Haro Sport & Entertainment, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam memperkaya graduan UniMAP dengan kemahiran nilai tambah, pengetahuan dan pengalaman unik dalam dunia sukan permotoran.

Ujarnya, penyelidik dan pelajar UniMAP berpeluang mempelajari pengurusan perniagaan sukan permotoran, kemahiran dan pengetahuan berkaitan industri kejuruteraan sukan permotoran.

“Kerjasama Penyelidikan berkisar terutamanya kepada Pembangunan Berteraskan “Carbon Neutrality” – Mencari cara alternatif untuk mencapai “Carbon Neutrality” tanpa mengetepikan teknologi enjin jenis “internal combustion” sedia ada.

Zaliman menyampaikan cenderahati kepada Abdul Haris usai menandatangani memorandum persefahaman dengan MyIPO di Kuala Lumpur.

Pasukan penyelidik akan menumpukan penyelidikkan kepada pembangunan yang memberi penekanan kepada pengunaan bahanapi altenatif yang boleh diperbaharui dan mampan,” katanya di Majlis Menandatangani MoA antara UniMAP dengan Haro Sport & Entertainment dan MJASB di sini, hari ini.

Zaliman mewakili UniMAP manakala Haro Sport & Entertainment diwakili Pengurus Perkongsian syarikat itu, Fahrizal Hassan serta MJASB diwakili Pengerusi Eksekutif, Ir Abd Mokhti Salleh.

Hadir sama Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) UniMAP Prof Madya Ts Afizah Ayob, Ketua Bahagian Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan (CEICNet) UniMAP Prof Madya Dr Shahrir Rizal Kasjoo, Pengarah Urusan Haro Sports & Entertainment Yamin Shafiee dan Pengurus Program MJASB Nur Zahafarina Mohd Zaki.

Mengulas lanjut mengenai MoA dengan MJASB pula, Zaliman berkata syarikat penyedia latihan itu berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Suruhanjaya Tenaga, Lembaga Teknologi Malaysia, Kelayakan OTHM United Kingdom yang membolehkan MJASB menjalankan program terakreditasi dan program pembangunan profesional berterusan terutamanya program personel penyelia pembinaan dan pengurusan.

“Objektif MOA UniMAP dan MJSB pula adalah bagi penawaran tujuh program pesisir pembinaan iaitu tiga program diploma profesional, dua program sarjana muda profesional, dan dua program sarjana profesional.

“Program Diploma Profesional yang ditawarkan itu ialah Penyelia Tapak Binaan, Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan, dan Pengurusan Fasiliti manakala bagi Bacelor Profesional ialah Pengurusan Pembinaan dan Pengurusan Fasiliti selain Master Profesional dalam dua bidang yang sama,” katanya.

Sementara itu, UniMAP turut memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengenai jalinan kerjasama strategik bagi Program Technology and Innovation Support Center (TISC).

Majlis yang diadakan di MyIPO itu turut diwakili Zaliman manakala MyIPO diwakili Ketua Pengarahnya, Abdul Haris Lakar.

Melalui memorandum persefahaman itu, UniMAP merupakan Institusi Pusat TISC yang ke-20 yang bakal menerima kemudahan akses data serta latihan yang mampu untuk meningkatkan kefahaman mengenai perlindungan serta pengurusan harta intelek. – SM

Artikel berkaitan > Tiga atlet UniMAP wakil negara ke AUG 2022 Thailand

(Visited 492 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button