Nasional

Hasrat untuk mempunyai kucing tidak kesampaian, ditipu RM69,030

HASRAT seorang guru tadika untuk mempunyai seekor kucing jenis ‘Scottish Fold’ tidak kesampaian apabila ditipu dan mengalami kerugian sebanyak RM69,030.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata, Wanita berusia 25 tahun tersebut berminat untuk membeli kucing jenis ‘Scottish Fold’ dari Indonesia yang diiklankan menerusi Facebook pada 23 Oktober lalu.

Jelasnya, wanita tersebut berbincang menerusi telefon dengan persetujuan harga sebanyak RM900 dan mangsa perlu membayar dulu separuh harga dan baki dibayar setelah mendapat kucing tersebut.

“Pada hari yang sama, wanita tersebut membayar wang pendahuluan sebanyak RM450 ke dalam akaun atas nama Tansiaupenga Siagian melalui pemindahan wang dan kemudian dimaklumkan bahawa kucing tersebut telah ‘dipos’ kepada mangsa.

Aibee berkata, wanita berkenaan diminta membuat beberapa bayaran dan mangsa telah melakukan 14 transaksi ke dua akaun berbeza berjumlah RM69,030 sejak 23 hingga 24 Oktober lalu.

Tambah Aibee, mangsa telah membuat laporan polis semalam setelah menyedari ditipu selain bimbang dokumen seperti gambar kad pengenalan dan alamat rumah disalahgunakan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanum Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan. -SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button