Nasional

PKP: Pelajar kekal berada di kampus, kedai gunting rambut ditutup

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu dan dua menunjukkan kejayaan dengan  44.04. peratus atau 1,995 daripada 4,530 orang pesakit yang dijangkiti COVID-19 telah sembuh manakala bilangan keboleh jangkitan  pula semakin menurun.

“Mengikut unjuran Kementerian Kesihatan pada 14 April iaitu apabila tamatnya fasa kedua perintah kawalan pergerakan unjuran kes Covid-19 dengan keboleh jangkitan adalah dijangka kira-kira 2,033 kes.

“Ini menunjukan tanda-tanda kejayaan PKP fasa pertama dan kedua menurunkan keboleh jangkitan Covid-19 dalam komuniti,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Justeru beliau berharap kerajaan mengekalkan peraturan yang dibuat pada fasa satu dan dua dalam fasa ketiga yang sepatutnya menjadi fasa untuk mengetatkan peraturan.

Ini termasuk kebenaran untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi dan desakan untuk membenarkan mahasiswa yang berada di kampus agar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Nasihat kita kepada Kementerian Pengajian Tinggi adalah bersabar. Mungkin dalam seminggu dua sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu kita akan melihat data-data terkini.

“Jadi kalau kita ada data-data yang terkini contohnya untuk seminggu dalam fasa ketiga jadi kita boleh memberi nasihat kepada Kementerian Pengajian Tinggi,” kata Dr. Noor Hisham.

Beliau mengulas mengenai desakan persatuan mahasiswa dan ibu bapa yang meminta kerajaan agar membenarkan anak-anak mereka pulang ke rumah masing-masing.

Dr. Noor Hisham juga berpendapat premis seperti kedai gunting rambut terus ditutup dalam fasa ketiga PKP yang dikuatkuasakan sehingga 28 April.

“Kalau kita lihat semula semua tindakan kita seharusnya diperketatkan untuk fasa ketiga. Dari segi perancangan untuk membuka ataupun menghadkan pergerakan Kementerian Kesihatan mengesyorkan kita kekalkan apa tindakan yang telah kita laksanakan pada fasa 1 dan fasa 2.

“Mungkin perancangan boleh dijalankan tetapi mungkin pelaksanaan ditangguhkan dahulu,” kata Dr. Noor Hisham.

Beliau menjawab soalan wartawan sama ada Kementerian Kesihatan akan menasihatkan kerajaan untuk menilai semula keputusan untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semula.

Dalam sidang akhbar hari ini Dr. Noor Hisham berkata seramai 165 lagi pesakit telah sembuh sementara 184 kes baharu dikesan hari ini. Seramai tiga orang pesakit dilaporkan meninggal dunia dengan jumlah keseluruhan 73 kematian-SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button