BeritaNasionalRencah Hidup

Kos tanam kucing cecah harga beribu

JIKA dalam kalangan manusia, ada orang yang paling kaya, kucing juga begitu.

Antara kucing terkaya di dunia ketika ini adalah  kucing milik ikon industri fesyen, Karl Lagerfeld’s.

Karl Lagerfeld’s, 85, yang dilaporkan meninggal dunia baru-baru ini telah mewasiatkan nilai kekayaan hampir RM1 bilion kepada kucing betina jenis Burma yang diberi nama Choupette.

Kucing yang mempunyai hampir 250,000 pengikut di Intagram itu sebelum ini aktif terlibat dalam bidang peragaan dan pengiklanan.

Choupette bukan setakat kaya, tetapi hidup mewah dengan sentiasa ditemani oleh sorang pengawal peribadi dan dua orang gaji.

Makanannya, disediakan tukang masak khas. Antara makanan kegemaran Choupette adalah campuran  isi king crab, smoked salmon dan ttelur ikan yang paling mahal di dunia, kaviar.

Itu kisah kucing paling kaya di dunia.

Baru-baru ini seorang rakan yang membawa kucingnya bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik haiwan tertarik dengan risalah mengenai perkhidmatan ditawarkan sebuah syarikat pengurusan peringatan haiwan kesayangan.

Berikut saya petik sebahagian kisah diceritakan Zalina Yahaya dalam akaun Facebook miliknya:

Saya ke Vet hantar kucing saya, Grace, periksa mata hari tu. Sambil tunggu doktor siapkan ubat, saya belek-belek risalah di kaunter.

Nampak satu risalah ini: Pet Memorial Service.

Ada syarikat ini buat khidmat pembakaran mayat (tak nak sebut bangkai, sedih sebab saya ada sembilan ekor kucing yang kami anggap sebagai ahli keluarga. Jaga macam jaga anak oooo!!! Tinggal tak hantar ke sekolah sajaaa😂😂)

Saya terus baca risalah tu…fuhhh lengkap sampai kalau nak panggil sami Buddha baca-baca masa upacara pembakaran mayat.

Dan pakej bayaran bukannya murah. Ikut berat pet anda dari serendah RM420 sampai RM980. Kalau nak tengok proses pembakaran bayar lain.

Keranda ikut pilihan. Cecah ribuan ringgit. Nak abadikan tapak kaki pet anda, lain harga. Nak jadikan abu mayat sebagai loket buat
kenang-kenangan pun ada😂.

Kalau abu mayat pet tu kita nak letak di tempat khas kena bayar sewa tempat. Sewa tahunan RM400 – RM650 setahun. Kalau tanam kat tanah perkuburan lain harga. Buat batu nisan rupa pet kita lagi la lain harga.

Tapi kan, bila saya Google, rupanya sehingga sekarang ada 10 syarikat yang tawarkan perkhidmatan pengkebumian binatang peliharaan di Malaysia iaitu Semenyih (dua), Puchong, Selangor; Perak (tiga), Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, Sarawak dan Pahang.

Ingat di luar negara sahaja ada orang sayang kucing sampai begini. Malaysia pon ada juga.

(Visited 598 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button