NegeriRencah Hidup

BMMB agih zakat RM50,000 di Masjid Padang Besar (S)

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cederamata daripada Zaharuddin Alias semasa pengagihan zakat BMMB kepada MAIPs di Masjid Al-Firdaus Padang Besar (Selatan), Kuala Perlis.

BANK Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah mengagihkan zakat sebanyak RM50,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui program yang berlangsung di Masjid Al-Firdaus Padang Besar (Selatan), Kuala Perlis.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat dengan kerjasama MAIPs yang merupakan usaha untuk mendekatkan Bank Muamalat dengan masyarakat dan juga masjid-masjid di Perlis.

Sebanyak 10 buah masjid yang terpilih di negeri ini menerima bantuan daripada pengagihan zakat ini termasuklah Masjid Uthman Al Affan Kariah Kampung Surau Utan Aji, Masjid Al Hashimi Kariah Long Boh, Masjid Nurus Said Kariah Santan, Masjid Jamek Kariah Beseri, Masjid Al Imarah Kariah Abi, Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Kariah Batu 5 Jalan Kuala Perlis, Masjid Al-Hakam Kariah Kok Klang, Masjid Al Huda Kariah Felda Mata Ayer, Masjid Jamek Kariah Kampung Binjal dan Masjid Babul Ibadah Kariah Kampung Chemumar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan sebahagian kanak-kanak semasa pengagihan zakat BMMB kepada MAIPs di Masjid Al-Firdaus Padang Besar (Selatan), Kuala Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menyaksikan penyerahan sumbangan zakat ini kepada wakil masjid-masjid yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Berhad, Zaharuddin Alias yang diiringi sama oleh Pengurus Wilayah Utara bank berkenaan, Khirrilanuar Zakaria.

Turut hadir adalah Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad juga menyumbangkan bantuan ini dalam bentuk bakul makanan yang berharga RM200 kepada 50 asnaf dan RM150 kepada 30 orang pelajar sekolah menengah dari Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (MADI) dan Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiah (MATRI), 60 pelajar sekolah rendah dari Sekolah Rendah Islam Sri At-Taqwa dan Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, 35 pelajar universiti dari Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan 40 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan asnaf terpilih serta golongan yang memerlukan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai kumpulan bermotor dari BMMB serta warga kerja MAIPs di Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai.

Bank Muamalat juga dalam perancangan untuk menjalankan beberapa lagi program wakaf di negeri ini dalam masa terdekat.

Sempena program tersebut juga Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat bernilai RM14,000 kepada seramai 20 asnaf tedpilih dalam kalangan anak kariah Padang Besar (Selatan) dengan masing-masing menerima RM700 setiap seorang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai kumpulan bermotor dari BMMB serta warga kerja MAIPs di Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai yang berakhir di pekarangan Pejabat Canselori KUIPs, Kuala Perlis.

Selesai majlis Raja Muda berkenan berkonvoi motosikal ke Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai bagi mengetuai kumpulan bermotor dari Bank Muamalat Malaysia Berhad serta warga kerja MAIPs dan mengakhirinya di pekarangan Pejabat Canselori KUIPs di Kuala Perlis. – SM

BACA Raja Muda hargai penyumbang zakat melalui MAIPs

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button