NegeriRencah Hidup

Raja Muda rasmi Pusat Jualan Produk, Kafeteria di Bukit Temiang

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Pusat Jualan Produk Negeri Perlis Dan Kafeteria bagi mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 di Pusat Pelancongan Agro Bukit Temiang, Beseri baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Hafizuddin Othman dan Timbalan Pengarah Pembangunan Industri & Pengembangan, Jabatan Pertanian Negeri, Mohd Nizam Abdul Aziz.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan bantuan MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli sekitar Bukit Temiang, Beseri.

‘Ah-Rehlah’ yang beroperasi akhir Januari lalu menawarkan menu sarapan pagi, masakan kampung, claypot, steamboat, minuman panas dan sejuk serta dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang pada sebelum Ramadan ini.

Kafeteria ini juga merupakan Pusat Sehenti Produk Negeri Perlis yang menjual produk dari Negeri Perlis sahaja seperti produk inovasi harumanis, kuih tradisional, produk hasil laut, cenderamata dan kraftangan.

Antara produk yang menarik termasuklah aiskrim, acar buah, ‘ice-blended’, popcorn yang berteraskan Harumanis, kit cendawan, sos spaghetti dan bermacam-macam lagi.

Seramai 32 usahawan terlibat dengan 124 produk yang juga dari Jabatan Pertanian Perlis, usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis dan juga produk dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perlis dijual di sini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan singgah di Masjid Al Hakim, Padang Malau ketika mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli Ke-22 sekitar Kampung Bukit Temiang, Beseri.

Maklumat tersebut dipersembah maklumkan oleh Pengarah Urusan Athanliz Innovations Sdn Bhd (AISB), Dr. Athifah Najwani Shahidan kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam sesi pelancaran tersebut.

Sebelum itu, Baginda telah berkenan mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli bilangan ke-22 bagi tahun 2024 di sekitar Kampung Bukit Temiang, Beseri, Perlis.

Kayuhan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tersebut bertujuaan untuk menyantuni tiga asnaf terpilih yang masing-masing menerima bantuan sumbangan wang tunai sebanyak RM700, Kits MAIPs Peduli dan juga dua kampit beras fidyah.

Raja Muda merangkap yang DiPertua MAIPs juga telah menyempurnakan sumbangan dari MAIPs kepada Azizah Othman, 54 dari Kampung Bukit Merah, Mohd Arshad Abd Rahman, 69 dan Halifah Sudin, 69 dari Kampung Bukit Temiang.

Baginda turut berkenan mengadakan lawatan ke Bekbek’s Village Perlis yang merupakan salah satu homestay yang menawarkan pelanggan pemandangan ‘sunset’ yang cantik dan dikelilingi dengan flora kehijauan termasuklah pohon-pohon durian dan harumanis yang menjadi tumpuan warga kota yang ingat bercuti dan ‘short vacation’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menanam sepohon durian Mousang King sebagai simbolik kunjungan ke Bekbek’s Village Perlis.

Homestay yang terletak di Kampung Bukit Merah Hilir, Beseri ini dimiliki oleh Hakimi Mat Nawi turut menyediakan pelbagai keperluan asas seperti penghawa dingin, ruang BBQ, keperluan bilik dan bilik air yang lengkap serta kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berkenan menanam sepohon durian Mousang King sebagai simbolik kunjungan. – SM

BACA Pemangku Raja Perlis berkenan lawat cafe Paris Baguette, Pavilion KL

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button