NasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis berkenan lawat cafe Paris Baguette, Pavilion KL

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima undangan berkunjung ke kafe Paris Baguette di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan amakanda sulung, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia, Datuk Sydney Lawrance Quays.

Pada 20 Jun 2022, Berjaya Food International memeterai perjanjian usaha sama untuk langganan 50 peratus daripada modal saham terbitan Berjaya Paris Baguette Sdn. Bhd. (“BPB”) bersama pengendali bakeri antarabangsa, Paris Baguette Singapore Pte Ltd.

BPB merupakan sebuah kedai roti diasaskan di Korea Selatan berinspirasikan “fast-casual French” di bawah jenama “Paris Baguette”.

Ditubuhkan pada tahun 1988, jenama ini diinovasikan melalui pengaruh global, dengan lebih 4,000 outlet di seluruh dunia.

Berjaya Paris Baguette bersedia untuk mengembangkan jenama Paris Baguette di seluruh rantau ini dengan lima cawangan baharu dirancang untuk dibuka pada setiap tahun.

Kedai pertama di Pavilion Kuala Lumpur mempamerkan konsep kafe kedai roti yang tersendiri, menarik ribuan penggemar makanan dan pakar setiap minggu untuk merasai tawarannya daripada kek, pastri, roti, pencuci mulut dan banyak lagi.

Paris Baguette baru-baru ini membuka kedai keduanya di Malaysia di Pavilion Bukit Jalil.

Sydney Lawrance berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila Pemangku Raja dan Raja Puan Muda berdua berkenan berangkat mengunjungi Paris Baguette, Pavilion Kuala Lumpur.

“Kami amat berharap agar kemesraan dan layanan kami “blend seamlessly with our delectable cuisine”,” ujarnya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan harapan agar perniagaan Berjaya Food Berhad akan terus berjaya dan berkembang dengan maju. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button