Luar Negara

Coronavirus: WHO isytihar wabak virus Wuhan kecemasan antarabangsa

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengisytiharkan epidemic coronavirus di China yang membahayakan kesihatan awam sebagai kecemasan antarabangsa.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengisytiharkan keputusan tersebut selepas bermesyuarat bersama Jawatankuasa Kecemasaan WHO yang melibatkan pakar bebas selepas banyak bukti menunjukkan virus tersebut telah merebak ke 18 buah negara.

Memetik laporan Straits Times Singapore, dalam sidang akhbar di Geneva, Tedros memberitahu beberapa minggu kebelangan ini memperlihatkan wabak yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kebimbangan utama kami adalah potensi virus ini merebak ke negara lain dan melemahkan sistem kesihatan. Biar saya jelaskan pengisytiharan ini bukanlah satu undi tidak percaya kepada China,” kata Tedros.

Jawatankuasa Kecemasaan WHO dipengerusikan oleh Didier Houssin dari Perancis dan dianggotai oleh 16 pakar bebas.

Dua minggu lalu pakar-pakar terbabit enggan untuk mengisytiharkan kecemasan antarabangsa. Ini kerana mereka mahu mengumpul maklumat sebanyak mungkin daripada China dan negara lain yang turut terbabit dalam penyebaran wabak tersebut bagi memenuhi kreteria untuk mengisytiharkan kecemasan antarabangsa.

Pengisytiharan kecemasan antarabangsa akan mencetuskan cadangan kepada semua negara untuk mencegah dan mengurangkan penyebaran wabak merentasi sempadan dan sekaligus menggelakkan gangguan yang tidak sepatutnya terhadap aktiviti perdagangan dan perjalanan antarabangsa.

Ia merangkumi cadangan sementara kepada pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia termasuk mengambil langkah pemantauan, persediaan dan pembendungan.

Walaupun WHO tidak mempunyai undang-undang untuk mengantung sesebuah negara namun pertubuhan itu berhak untuk meminta kerajaan negara terabit memberikan bukti saintifik sebelum negara berkenaan mengenakan larangan perjalanan atau perdagangan jika berlakunya kecemasan antarabangsa.-Agensi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button