Nasional

Surat MITI tidak boleh diguna bagi kerja pembinaan di kawasan PKPD

KERJA-kerja pembinaan di semua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dihentikan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indusri (MITI) tidak boleh digunakan bagi kerja-kerja pembinaan di kawasan berkenaan.

“Namu pengecualian diberikan kepada kerja-kerja penyelengaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal dibenarkan berdasarkan janji temu.

“Bagi menjalankan kerja-kerja tersebut, pihak yang terlibat boleh mendapatkan kebenaran dari balai polis terdekat,” katanya.

Kementerian Kerja Raya menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi arahan dan prosedur operasi standard yang telah dikeluarkan oleh MKN.


Ini bagi memastikan penurunan kes Covid-19 di kawasan yang terlibat.

Beberapa mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikenakan PKPD selama 14 hari sehingga 16 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan tinggi, dengan Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900.

 

-SM

 

(Visited 354 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button