Nasional

Sibuk Beri Bantuan Bekalan Makanan Hingga Terlupa Beri Bantuan Tong Gas Yang Juga Perlu!

Golongan yang terjejas sehingga baki akaun pun tingggal bawah RM10, yang mana kalau pergi ke ATM untuk ‘cucuk duit’ pasti tak lepas bukannya seorang dua.

Ramai.. dan ahli politik ‘bendera hijau’ kata jangan angkat ‘bendera putih’, cukup sekadar berdoa dan esok tiba-tiba baki akaun bertukar menjadi empat hingga lima angka.

Luar biasa dan mengarut.. sehingga ada kalanya terpaksa rakyat katakan, “Apalah bodoh sangat mereka ini? Siapa yang undi pasti dua kali lebih bodoh daripada mereka ini!”

Tindakan daripada rakyat kepada rakyat mendapat sambutan yang baik. Sudah ada golongan yang terjejas menerima bantuan daripada rakyat kepada rakyat.

Tiba-tiba ada seorang lagi ahli politik ‘bendera hijau’ kata konsep itu tidak diiktiraf di negeri yang ada sawah padi luas terbentang namun kalau ingin hasilnya, tetap kena tuai.


Padahal inisiatif ini adalah daripada rakyat kepada rakyat yang tak perlu masuk parlimen untuk berbincang dan luluskan rang undang-undang apa semua pun!

Kalaulah konsep ini nak dibawa masuk ke parlimen untuk berbincang, alamatnya purata kes bunuh diri dari sehari tiga orang pasti meningkat kepada sehari 30 orang.

Sudahlah kena lockdown, berjuta rakyat patuh SOP duduk rumah, angka tak turun bawah 4,000 kes berpunca daripada kluster kilang dan tempat kerja.

Yang luluskan operasi kilang dan tempat kerja ini siapa? Adakah JKKK Kampung Kalut? JKKK Kampung Sinaran Bulan? JKKK Kampong Pisang? Semak semula.

Mengapa gara-gara kepentingan sektor ekonomi yang jelas tidak memberi kesan kepada majikan dan pekerja ini, melainkan Covid-19, dibiarkan terus beroperasi?

Yang jadi mangsa adalah rakyat dan kadar depresi semakin meningkat secara mendadak kali ini sehingga kes bunuh diri seperti menjadi berita normal untuk dibaca.

Jadi untuk mengelakkan kejadian ini berlaku, nampaknya rakyat juga yang terlebih prihatin berbanding ahli politik yang masing-masing menikus dengan jawatan mereka.

Tak tunggu ahli politik? Lambat lagi dan rakyat sudah memulakan inisiatif ini daripada awal dengan cara pemberian bahan makanan seperti beras dan sebagainya.

Namun demikian kepada ahli politik yang terasa, nampak sangat memang tiada idea nak bantu apa, biar penulis bagi tip dan bagi idea yang lebih baik daripada penasihat politik sedia ada.

Setiap dapur untuk memasak bekalan makanan tadi perlukan tong gas yang berisi dan sehingga hari ini, belum ada bantuan tong gas diberikan kepada golongan terjejas.

Apalah guna terima 10 kampit beras, 50 tin milo dan 2,000 pek Maggi sekali pun kalau nak memasak, ketua rumah tak boleh nak cucuk duit untuk beli tong gas apabila nak memasak?

Logik bukan? Pecat sahaja penasihat politik yang tidak berfungsi itu.. atau letak sahaja jawatan jika perkara kecil begini pun tak pernah nak nampak. Rakyat juga yang kena bagi cadangan?

The Professor

** Tulisan di atas tidak menggambarkan pendirian Suara Merdeka sebaliknya ia adalah tulisan terbuka daripada pembaca Suara Merdeka. Kongsikan tulisan anda ke inbox Facebook Page Suara Merdeka!

(Visited 92 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button