JenayahNasionalNegeri

Tidak sampai 24 jam rempuh kereta polis, lelaki Thai diberkas

TINDAKAN ganas seorang lelaki rakyat Thailand merempuh sebuah kereta peronda polis demi meloloskan diri akhirnya berjaya diberkas dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Bagaimanapun tiga anggota yang berada dalam kereta peronda polis yang rosak teruk pada bahagian kanan, selamat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Shokri menunjukkan kereta suspek yang rosak setelah merempuh kereta peronda polis.

Kejadian berlaku semasa polis mengepung suspek yang memandu kereta Proton Perdana warna merah setelah mendapat maklumat, terdapat seorang lelaki berkeliaran dalam kawasan Taman Kastam 3, Padang Besar pada jam 9.30 malam, 3 September, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assisten Superitendan Mohd Shokri Abdullah berkata, suspek berusia 32 tahun itu direman dari 4 hingga 8 September ini.

“Polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) atas cubaan membunuh,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Mohd Shokri berkata, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padang Besar yang disertai seorang pegawai dan tujuh anggota mendapat maklumat mengenai kereta suspek berkeliaran di Taman Kastam 3 di mana motifnya masih lagi dalam sisatan polis.

Sebaik sampai di lokasi kejadian, pemandu bertindak agresif dengan memecut laju kenderaan yang dipandunya sehingga merempuh kereta peronda polis setelah suspek menyedari dia dikepung, ujar Mohd Shokri.

Katanya lagi, adegan kejar berlaku sehingga sampai ke Kampung Kok Mak di mana suspek lesap dan meninggalkan keretanya.

Bagaimanapun katanya, pada kira-kira jam 9 malam pada 4 September, suspek berjaya diberkas polis di Padang Besar.

Mohd Shukri menunjukkan barang rampasan milik suspek pada sidang media di IPD Padang Besar.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan juga mendapati suspek mempunyai dua kad pengenalan itu kad pengenalan Malaysia dan Thailand.

“Kad Pengenalan Malaysia itu adalah milik seorang lelaki Melayu yang dilaporkan telah hilang pada tahun 2021,” kata Mohd Shokri.

Sehubungan itu katanya, polis juga akan menjalankan siasatan ke atas suspek mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Mohd Shokri berkata, suspek tidak ada rekod jenayah lampau tetapi ada kaitan dengan kes Seksyen 448KK iaitu menceroboh bilik mesyuarat di sebuah premis di Padang Besar pada jam 11 pagi, 1 Ogos lalu.

Katanya, satu lagi berkaitan Seksyen 379KK iaitu memecah cermin kereta untuk mencuri barang pada jam 12.16 tengah hari, pada 1 Ogos di tempat letak kereta Pavilion Padang Besar.

Beliau berkata, hasil ujian air kecing suspek positif syabu. – SM

BACA Pengawal keselamatan mengaku guna mercun buatan sendiri rosakkan khemah SK Padang Besar

BACA “Wanted Person” ditahan Operasi Motosikal Bersepadu IPD Padang Besar

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button