fbpx
Politik

Desas-desus UMNO, Pas rebut kerusi?

GABUNGAN Muafakat Nasional yang melibatkan UMNO dan Pas dipercayai berhadapan krisis perebutan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Malah, terdapat dakwaan mengatakan wujud pihak tidak berpuas hati terhadap pengagihan kerusi di Terengganu dan Kedah.

Perkara tersebut tidak dapat dimuktamadkan kepimpinan parti ekoran terdapat bantahan yang diterima.

“Ada pimpinan Umno masih tak setuju sekiranya Kedah dan Terengganu diserahkan bulat-bulat kepada PAS.

“Ini kerana mereka beranggapan bahawa parti masih mempunyai kekuatan di dua negeri itu dan kegagalan dalam PRU14 adalah disebabkan pertembungan tiga penjuru.


BACA > Ford Mustang paling laku di SMI Cars — Suara Merdeka

Demikian laporan portal Malaysiakini yang memetik sumbernya mengenai kewujudan pertembungan UMNO dan Pas dalam pembahagian kerusi.

Bagaimanapun, sumber tersebut menyatakan masalah tersebut akan diselesaikan menerusi semagat kekeluargaan.

“Atas semangat kekeluargaan dan menimbang kekuatan dimiliki Umno, agihan kerusi di Terengganu dan Kedah perlu dibuat secara harmoni dan mengambil kekuatan dan sokongan parti.

“Selain itu kita juga perlu mengambil kira rakan kita, Bersatu memandangkan kami bersama dalam Perikatan Nasional (PN),” jelasnya.

MN dilaporkan giat mengadakan mesyuarat bagi merangka strategi persediaan untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

BACA > Adilkan pembangunan bandar, desa – Zainal Abidin — Suara Merdeka

Berhubung isu pembahagian kerusi dalam MN, gabungan tersebut juga perlu mengimbanginya sebagai komponen dalam pakatan lebih besari iaitu Perikatan Nasional (PN).

Hal demikian juga dipercayai menjadi lebih sukar apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan mahu meletakkan calon di semua kawasan yang dimenanginya dalam PRU-14.

Ini termasuklah kawasan-kawasan yang bakal memperlihatkan nasib karier politik wakil rakyat bekas ahli UMNO yang lompat parti.

Bagaimanapun, Suara Merdeka semalam melaporkan kenyataan bekas pemimpin UMNO Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom yang menggesa pimpinan semua parti Melayu berjiwa besar.

Menurut beliau, persoalan pembahagian kerusi adalah perkara asas dalam mana-mana parti terutama melibatkan gabungan.

BACA > Soal kerusi: Pemimpin PN mesti berjiwa besar — Suara Merdeka

Tambah beliau, pimpinan dan ahli parti perlu meletakkan kepentingan bangsa dan agama melebihi parti masing-masing. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button