NasionalPolitik

Istana perintah Ketua PN, PH menghadap

KETUA Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintah menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini juga.

Titah itu dibuat selepas Istana Negara mendapati tiada seorang pun kedua-dua Ahli Parlimen itu memperoleh kepercayaan majoriti daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Perkembangan terkini itu tidak lama selepas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak menyokong PN atau PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, BN, kata Ismail Sabri, kekal sebagai pembangkang.

“Setelah dipersembahkan hasil pengesahan calon Perdana Menteri, didapati tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Ke-10 selesai,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin.

Dalam kedudukan sekarang, PH memiliki wakil rakyat terbanyak iaitu sebanyak 82 berbanding PN, 73.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN mengumumkan kedudukan gabungan itu “kekal seperti sekarang”, namun ia sedia berbincang dengan pihak lain apabila perlu, agar kerajaan dapat dibentuk. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button