Politik

PRK Batu Sapi: BN Sabah sokong calon GRS

BARISAN Nasional (BN) Sabah akan menyokong calon daripada mana-mana parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekiranya parti dalam gabungan itu memilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya mendengar banyak khabar angina.

Antaranya seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di kawasan Batu Sapi berminat untuk bertanding tetapi sehingga kini tiada calon daripada GRS disahkan bertanding, katanya.

“Sesiapa sahaja kita bantu, kita dalam gabungan (GRS). Khabar angin itu semua orang ada dengar, belum pasti siapa dicalonkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Sabah hari ini.

PRK Parlimen Batu Sapi diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong daripada Warisan.

Mendiang meninggal dunia pada 2 Oktober lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 November ini sebagai tarikh penamaan calon.

Manakala 1 Disember sebagai tarikh mengundi awal dan 5 Disember sebagai tarikh mengundi.

Pada 8 Oktober lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu tidak akan bertanding dalam PRK Parlimen Batu Sapi.

Manakala Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Jaujan Sambakong pada 6 November menyatakan parti itu sudah mengenal pasti calon.

GRS terdiri daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS, membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 baru-baru ini.

PN dianggotai Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), dan Parti Progresif Sabah (SAPP) manakala BN dianggotai UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). – BERNAMA – SM

 

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button