Nasional

Semua kejar diskaun 80 peratus bayar saman trafik

SEJAK semalam sehingga hari ini, orang ramai yang mempunyai saman lalulintas atau trafik berkejar untuk mendapatkan diskaun 80 peratus yang ditawarkan sehingga 12 Disember ini.

Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berlangsungnya Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang masuk hari kedua, hari ini, orang awam beratur panjang untuk melunaskan saman trafik.

Di Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalakkan orang ramai membayar saman di kaunter trafik daerah dan kontinjen masing-masing dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang termasuk pada hari cuti hujung minggu, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari 9 hingga 12 Disember 2021.

Dalam masa yang sama, bayaran kaunter di KLCC terpaksa ditutup bagi mengelakkan berlaku kesesakan, tiada penjarakkan dan keadaan yang sukar dikawal.

Ia juga sebagai langkah mengelakkan risiko berlaku penularan jangkitan Covid-19. – SM

(Visited 480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button