fbpx
Nasional

Dalam keadaan dirawat, Dr. Zulkifli bermuhasabah, tunai amanah

WALAUPUN telah disahkan sebagai positif Covid-19 semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tetap menunaikan tangungjawab mengemaskini dan memberi tahu masyarakat berkaitan perkembangan tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan.

Beliau yang sejak memegang jawatan Mufti Kuala Lumpur adalah antara penjawat awam yang mesra media sosial dan sentiasa mengunakannya teknologi internet untuk berhubung dengan rakyat secara tidak langsung.

Terkini dari katil hospital, awal pagi lagi dia memaklumkan bahawa waktu rawatannya akan digunakan untuk bermuhasabah dan melakukan penambahbaikan jabatan dibawahnya.

“Tempoh masa yang dikurniakan Allah SWT pada ketika ini memberi peluang untuk saya bermuhasabah, dan meneliti ruang-ruang penambahbaikan untuk masa mendatang.

“Saya dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas, sekali lagi memohon maaf atas apa yang berlaku.


“Dalam masa yang sama, ia tetap menjadi amanah dan tanggungjawab buat saya dalam melaporkan sebarang perkembangan tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, setiap bulan sebagaimana yang saya telah lakukan sejak Mac 2020,” kata Dr. Zulkifli.

Dalam hantaran terbaharu, beliau berkongsi Kad Laporan Bulan Ogos 2020 bagi agensi -agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Katanya, setiap sen yang dibelanjakan bagi sebarang bentuk urusan terkait tadbir urus Islam di peringkat Persekutuan adalah amanah daripada rakyat.

“Jadual saya pada bulan Ogos, kebanyakannya tertumpu di Parlimen. Pun begitu, alhamdulillah agensi-agensi di bawah saya amat memahami dan tetap menggerakkan program masing-masing dengan penuh komited.

“Kad Laporan ini tidaklah melaporkan keseluruhan program dan aktiviti semua agensi di bawah saya. Saya sarankan anda merujuk terus ke media sosial setiap agensi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Saya berharap Kad Laporan Bulanan ini dapat memberi gambaran secara umum tentang apa yang telah kami laksanakan setiap bulan terutamanya dengan fokus kepada pandemik COVID-19 pada masa ini,” kata Dr. Zulkifli.

Kad laporan tersebut menyatakan sejumlah RM352.9 juta dibelanjakan oleh jabatan terbabit.

Antaranya termasuk Tabung Musaadah Covid-19 telah memberi bantuan kepada 8,297 orang golongan B40 dengan peruntukan RM2.29 juta.

Banuan keperluan dan tunai kepada 1000 keluarga asnaf di Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak berjumlah RM50 ribu.-SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button