Luar Negara

Wanita susukan kucing atas kapal terbang

PENUMPANG dalam penerbangan ke Atlanta, Amerika Syarikat dikejutkan apabila seorang wanita mula memberi susu badan kepada kucingnya.

Perkara itu dilaporkan berlaku dalam penerbangan Delta Air DL1360 ke Atlanta di mana Sistem Komunikasi dan Pelaporan Pesawat menerima satu mesej.

“Req Redcoat bertemu Ac Pax (penumpang) di 13A (tempat duduk) sedang menyusukan kucing dan tidak mahu memasukkan kucing kembali ke dalam ‘carrier’ apabila FA (pramugari) memintanya berbuat demikian,” ujarnya.

Menurut Daily Star, ‘Req Redcoat meet’ bermakna juruterbang yang mempunyai ahli pasukan darat Delta’s Redcoat akan bertemu dengan penumpang berkenaan selepas mendarat.

Mesej tersebut turut dikongsi dalam laman sosial Twitter oleh akaun @JustJettingThru.

“Seseorang baru sahaja menghantar mesej ini kepada saya, apa sebenarnya yang berlaku ini?” katanya.

 

Sementara itu, Delta Airline turut mengetatkan peraturan mengenai haiwan di atas kapal selepas peningkatan sebanyak 84 peratus dalam insiden yang melibatkan haiwan yang bertindak sebagai sokongan emosi.

Majoriti kejadian ini melibatkan haiwan yang berkelakuan buruk.

Anjing dan kucing bersaiz kecil dibenarkan ke dalam penerbangan Delta tetapi mesti kekal dalam ‘carrier’ yang diletakkan di bawah tempat duduk di hadapan sepanjang penerbangan.

Haiwan sokongan emosi pula terbukti dapat memberi kelegaan kepada orang yang mengalami masalah kesihatan mental seperti PTSD, kebimbangan, dan kemurungan. – SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button