fbpx
Nasional

Cucu Perdana Menteri turut pilih 20022020 sebagai tarikh ijab kabul

Cucu perdana menteri dan juga anak sulong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Meera Alyanna telah diijabkabulkan dengan pasangan, Mohd Ezran Daud Cheah.

Majlis yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang turut dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Ibu pengantin perempuan, Tok Puan Norzieta Zakaria turut berkongsi foto-foto kemeriahan majlis berkenaan di laman Facebook miliknya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga isteri Tun Dr Siti Hasmah Ali turut hadir perkahwinan cucu mereka.

Meera Alyanna dan Mohd Ezran mengikat tali pertunangan pada 20 April tahun lalu.


Semalam artis Emma Maembong dan Zahirah Macwilson turut memilih tarikh berkenaan untuk bernikah.

Show More

Related Articles

Back to top button