Nasional

Bantuan kerajaan paling cepat dan efisien- Pengusaha hotel

MEMANDANGKAN pandemik Covid-19 terus memberi kesan kepada ramai orang, banyak sektor perniagaan di Langkawi terjejas. Industri pelancongan turut menerima tempias apabila perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa dan ada yang terpaksa ditutup.

Melihat kepada keadaan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan kepada golongan yang terkesan ini.

Pengusaha Perniagaan Simfoni Suite Apartment Langkawi, Azami Hamdani memuji langkah kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat.

“Antara beberapa bantuan yang telah saya terima selama ini, bantuan NCER merupakan bantuan paling cepat dan efisien. Kerajaan sangat komited dalam menyalurkan bantuan. Prosesnya hanya memakan masa 12 jam untuk permohonan saya diterima. Ia sangat cepat.”

“Bantuan yang disalurkan kepada saya adalah sebanyak RM52,000,” tambahnya.

“Banyak cabaran dan kesukaran yang saya hadapi kerana saya bergantung 90% kepada industri pelancongan. Saya sangat tertekan ketika itu”.

Azami berkata, banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh beliau antaranya ialah kekurangan pelancong yang datang ke Langkawi membuatkan beliau mengalami kerugian yang sangat besar.

Selain itu, pekerja hotel juga sangat terjejas dengan keadaan tersebut kerana beliau tidak mampu untuk membayar gaji mereka sepenuhnya seperti sebelum ini.

“Dengan bantuan kerajaan ini, saya boleh membantu 6 pekerja saya di hotel”.

Berkat bantuan yang diterima oleh pengusaha berumur 50 tahun ini, beliau boleh terus menjaga kualiti hotel dan mengiklankan hotelnya secara berterusan agar dapat menarik pelancong datang menginap.

“Saya sangat bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan ini. Ia bukan sahaja dapat membantu hotel saya bertahan, tetapi juga dapat membantu kebajikan pekerja yang perlu saya jaga.”

“Saya berterima kasih sangat dengan kerajaan kerana prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh kami industri pelancongan. Dalam fasa pemulihan ini, banyak yang kami perlu lakukan untuk menarik semula pelancong datang ke Langkawi”. Beliau bakal membuka satu lagi rumah inap di sekitar Langkawi.

Dalam pada itu, beliau turut memberi nasihat kepada peniaga lain agar terus bersemangat untuk menempuh segala dugaan alam perniagaan. – SM

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button