Hiburan

Anna Jobling kesal sikap netizen kerana menghina rupa paras ibunya

Pelakon terkenal sedang meningkat naik Anna Jobling, 22, yang mempunyai muka campuran melayu dan inggeris membindas komen netizen kerana menghina rupa paras ibunya selepas dia memuat naik vedio di TikTok bersama ibunya.

Ada yang meninggalkan komen “Ingatkan Bibik Dia…”, berangapan ibunya itu hanyalah orang gajinya.

Malahan ada bermulut celupar mengatakan bahawa pelakon itu merupakan anak angkat kerana tidak memiliki wajah yang sama.

Kesal dengan sikap netizen, Anna mengakui sangat sedih selepas terbaca komen negatif yang telah dilemparkan terhadap ibunya.

Namun dia juga mengucapkan syukur, ibunya seorang yang positif tidak mempedulikan komen dari orang luar, malahan ibunya juga menjadi tulang belakang kejayaan ia kini.

(Visited 919 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button