Politik

Pelantikan Guan Dee bantu industri pelancongan, sindir Tun M

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis mengucapkan tahniah atas pelantikan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Guan Dee Ko Hoi atas sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu.

Dr. Mahathir secara menyindir berkata, dia gembira kerana dengan pelantikan tersebut Malaysia telah menemui jalan penyelesaian terhadap masalah sektor pelancongan yang sedang dihadapi ketika ini.

Katanya, pelantikan Guandee yang pernah kalah dalam pilihan raya sehingga hilang deposit kerana gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira akan
membawa banyak pelancong ke negara ini.

“Pelancongan tidak berjalan dengan baik. Bagaimana mungkin apabila pandemi COVID-19 tidak membenarkan orang berada dekat satu sama lain; apabila penyebaran penyakit ini disebabkan oleh orang dengan jangkitan awal membawa penyakit ke mana sahaja mereka pergi.

“Saya gembira kerana Malaysia telah menemui jalan penyelesaian yang akan membawa banyak pelancong ke negara ini.

“Saya diberitahu, dengan melantik calon yang pernah kalah dalam beberapa pilihan raya dan kehilangan wang simpanannya, untuk menjadi senator dan menjadikannya Timbalan Menteri Pelancongan.

“Dan kita tidak mempunyai wang. Malaysia telah membelanjakan RM600 bilion. Tahniah,” katanya.

Guan Dee yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional bagi mewakili Parti Solidariti Tanah Airku dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 16 April lalu.

Guandee Kohoi yang berasal dari Sabah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada mantan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Jeffrey G. Kitingan.

Jeffrey meletakkan jawatan selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 September 2020. Jeffry adalah presiden Parti STAR.

Guan Dee telah dilantik sebagai seorang senator pada Disember tahun lalu.

STAR adalah sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), satu gabungan parti politik diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah pada September 2020.-SM

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button