Rencah Hidup

Tun M terima suntikan vaksin Covid-19

AHLI Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

Suntikan tersebut diambil ketika beliau melawat Pusat Pemberian Vaksin Covid19 Daerah Langkawi untuk melihat perjalanan proses vaksinasi bagi Fasa 1.

Dr. Mahathir berkata,  beliau telah memilih untuk disuntik bersama-sama kumpulan kedua barisan hadapan di Langkawi.

Beliau turut mengajak semua pihak pelbagai umur untuk mengambil vaksin berkenaan dan menjayakan program vaksin Covid-19 diperingkat kebangsaan.

“Selain itu sebagai warga emas saya ingin mengajak bukan sahaja yang berumur seperti saya tetapi juga rakyat yang lebih muda untuk turut bersama divaksin apabila tiba giliran nanti. Usaha ini perlu kita sokong.
“Kita sebolehnya mahu lebih ramai diberi vaksin untuk membantu usaha mengekang pandemik Covid19. Alhamdulillah selepas suntikan saya tidak berasa apa-apa yang luarbiasa.
“Saya ingin rakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Kuah, Hospital Langkawi dan para barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam memastikan program vaksinasi berjalan lancar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bekas perdana menteri itu menerima suntikan vaksin tersebut di Hospital Maliha Langkawi.
“Terkini Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telahpun menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Sultanah Maliha Langkawi pada pagi ini. Semoga Tun Dr. Mahathir diberikan pelindungan dan kesihatan yang baik dari jangkitan Covid-19.
“Insha-Allah. Sila berdaftar dalam talian di Mysejahtera untuk mendapatkan temujanji suntikan Covid-19 dengan secepat mungkin. Lindung diri, lindung semua,” kata Dr. Noor Hisham.

Dr. Noor Hisham turut berkongsi gambar detik Dr. Mahathir yang berusia 96 tahun menerima vaksin suntikan berkenaan.

Dalam salah satu gambar Dr. Mahathir kelihatan memegang sepanduk ‘Saya telah divaksin’ dan ‘Lindung diri, lindung semua’ sambil tersenyum.-SM

 

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button