Mahkamah

Suami dilepas tanpa dibebaskan cederakan isteri

Seorang lelaki yang mengaku mencederakan isterinya kerana lewat menyediakan susu untuk bayi mereka, awal bulan lalu dilepas tanpa dibebaskan atas tuduhan itu oleh
Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Majistret Nabilah Nizam membuat keputusan itu ke atas tertuduh, Shahmoonzhir Mohd. Nazim,32, selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mewakili
pendakwaan.

Terdahulu, Fiqri memberitahu mahkamah bahawa terdapat laporan tarik balik kes itu dibuat isteri tertuduh selaku pengadu.

Bagaimanapun katanya, selepas semakan mendapati pengadu tidak hadir di mahkamah untuk memberi keterangan bersumpah, namun terdapat rakaman percakapannya berhubung perkara itu yang dibuat oleh pengawai penyiasat kes tersebut.

Katanya, pendakwaan memohon kes itu dilepas tanda dibebaskan dan dibenarkan oleh mahkamah.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Shahmoonzhir yang tidak diwakili peguam kelihatan mengaminkan doa di kandang pesalah sambil beberapa kali menoleh ke galeri awam.

Pada 8 November lalu, tertuduh yang menukar pengakuan kepada bersalah tiba-tiba sebak apabila disoal Nabilah dan memberitahu punca sebenar dia mencederakan isterinya disebabkan mangsa enggan membuat susu untuk bayi mereka.

Dia mengatakan disebabkan marah dia membaling kipas ke arah almari, namun kena pada isterinya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isteri yang berusia 30 tahun, di rumah mereka dekat Batu 6, Solok Balik Bukit,
Bukit Lintang di sini, kira-kira jam 12 tengah malam 1 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau
denda RM2,000 atau kedua-duanya. – SM

(Visited 30 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button