Luar Negara

Covid-19: Wanita Malaysia kes baharu tunggal jangkitan tempatan – MOH

KEMENTERIAN Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 26 tahun adalah kes baharu tunggal jangkitan tempatan Covid-19 yang dilaporkan di republik itu semalam.

Menurut data penuh yang dikeluarkan MOH lewat malam tadi, wanita yang dilabel sebagai Kes 59522 itu adalah seorang petugas bahagian pemasaran di BS Industrial & Construction Supply Pte Ltd.

Kementerian itu memaklumkan, wanita berkenaan adalah rakan sekerja kepada Kes 59429 iaitu seorang lelaki Pemastautin Tetap Singapura berusia 39 tahun yang juga merupakan seorang petugas bahagian pemasaran di tempat yang sama dengan wanita berkenaan.

Lelaki itu disahkan positif Covid-19 pada 18 Januari lalu, menurut MOH lagi.

Kementerian memaklumkan wanita Malaysia itu telah dikuarantin pada 18 Januari lalu selepas Kes 59429 didapati positif Covid-19 dan wanita itu juga menjalani ujian saringan pada 20 Januari walaupun tidak bergejala.

“Hasil ujian mendapati beliau positif pada keesokan harinya dan telah dihantar ke Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

“Ujian serologinya didapati negative menunjukkan yang ia adalah jangkitan semasa,” menurut MOH.

Beliau adalah sebahagian daripada kluster Kes 59429 yang kini mempunyai lapan kes disahkan termasuk empat lagi rakyat Malaysia. Sehingga kini, terdapat enam kluster di republik itu.

Setakat 12 tengah hari Jumaat (semalam), Singapura merekodkan 15 kes baharu iaitu 14 kes import dan satu jangkitan tempatan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,250 kes.

Satu daripada 14 kes import membabitkan seorang lelaki Singapura berusia 61 tahun yang pulang dari Malaysia dan mempunyai gejala. – SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button