Nasional

Dua lelaki cuba ragut di stesen minyak ditahan

DUA suspek lelaki berusia 25 tahun ditahan di sebuah kondominium di Jalan Midah 8, Kuala Lumpur kerana terlibat dengan cubaan samun pada 10 Julai lalu.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi selepas laporan dibuat mangsa, lelaki berusia 38.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian cubaan ragut itu berlaku pada 10 Julai lalu kira-kira pukul 12.50 tengah hari ektika mangsa sedang mengisin angin tayar kereta.

“Secara tiba-tiba, dua suspek datang menaiki dua buah motosikal dan seorang daripadanya telah cuba meragut rantai leher mangsa namun tidak berjaya disebabkan tertarik kolar baju sebelum suspek melarikan diri.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat tiga buah motosikal yang dilihat berlegar-legar di kawasan stesen minyak berkenaan sebelum seorang daripadanya melakukan cubaan ragut,” katanya.

Menurut Annuar, selain tangkapan, pihaknya turut merampas tiga buah motosikal dan peralatan yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk melakukan jenayah.

Jelasnya, kedua-dua suspekk juga didapati mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah dan dadah.

“Kita sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya berhatihati ketika berada di kawasan hotspot jenayah dan pusat tumpuan awam seperti stesen minyak, persekitaran yang sunyi dan kawasan gelap. -SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button