Luar Negara

Pembunuhan Qasem Soleimani: Iran keluar waran tangkap Trump

IRAN telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung pembunuhan komander tertinggi negara itu Jeneral Qasem Soleimani di Iraq pada Januari lalu.

Menurut Pendakwaraya Iran Ali Alqasimehr, Trump bersama 35 yang lain menghadapi tuduhan pembunuhan dan keganasan terhadap Qasem Soleimani.

Iran telahpun meminta Interpol untuk membantu menahan mereka yang terlibat dalam pembunuhan komander tertinggi Iran itu.

“Kira-kira 36 individu telah dikenal pasti terkait pembunuhan Haji Qasem. Mereka mengawasi, bertindak, dan mengarahkan pembunuhannya,” kata Alqasimehr seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Mehr.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Negeri Mohsen Baharvand mengatakan Iran akan segera mengeluarkan dakwaan bagi mereka yang bertanggung jawab atas serangan ke atas Jenderal Qasem Soleimani.

Pada 4 Januari lalu Trump berkata, Amerika Syarikat (AS) membunuh komander tertinggi tentera elit Iran yang didakwa bertanggungjawab merancang operasi ketenteraan serantau Tehran adalah untuk ‘menghentikan peperangan’.

Trump menuduh Qasem Soleimani merancang ‘serangan ganas ke atas diplomat dan anggota tentera Amerika’.

Qasem Soleimani, ketua tentera elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran, terbunuh dalam serangan udara AS menggunakan drone berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.-SM

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close