Luar Negara

Tiga terbunuh bot disewa elak sekatan jalan raya terbalik

Hasrat tiga lelaki untuk pulang kampung menyambut hari raya tidak kesampaian apabila bot enjin sangkut yang mereka naiki tenggelam di sungai di Bengkalis Riau.

Tiga lelaki itu dikatakan menyewa bot berkenaan bagi mengelakkan sekatan jalan raya dibuat oleh pihak berkuasa Indonesia bagi menghalang orang ramai pulang ke kampung berikutan penularan wabak Covid-19.

Tiga mangsa itu sedang melalui Sungai Kopu untuk pulang ke kampung mereka di Sumatera Barat, apabila bot yang mereka naiki terbalik.

Kompas melaporkan, terdapat lima orang menggunakan dua bot, tetapi arus deras telah menyebabkan salah sebuah bot berkenaan terbalik.

orang dari Kabupaten Bengkalis, Riau, meninggal dunia akibat tenggelam saat pulang kampung ke Sumatera Barat melalui sungai.

Pemandu bot berkenaan terselamat, manakala tiga penumpangnya terkorban.

Penduduk kampung menyediakan perkhidmatan pulang ke kampung menggunakan bot-bot setelah pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya.

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button