Media massa

Podcast Hot Daddy mungkin sudah diturunkan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan isu podcaster menjemput seorang lelaki yang sebelum ini didakwa mengiklankan khidmat persudalan menerusi aplikasi X

Menurutnya, mendapati video berkenaan tidak di muat naik atau sudah diturunkan.

‘’MCMC sebelum ini ada menerima laporan berkaitan perkara ten rbabit, namun siasatan yang dijalankan tidak menemui rakaman video podcast berkenaan.

“Saya sendiri sudah minta pejabat saya menelitinya dan memang tidak menemui video yang dimaksudkan dalam akaun media sosial dimaksudkan itu,” katanya.

Terdahulu kecoh apabila laman web penstriman yang menjemput ‘Hot Daddy’ untuk hadir ke podcast mereka sehingga menimbulkan tidak senang dalam kalangan umat Islam kerana tindakan itu seolah-olah menyokong dan mempromosikan apa yang dilakukan lelaki berkenaan.

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button