Luar Negara

Bandar Texas dilanda hujan ikan

SATU fenomena luar biasa iaitu ‘hujan ikan’ telah berlaku di bandar yang bersempadan dengan Arkansas, semalam berikutan cuaca buruk dan hujan di bandar Texarkana, Texas.

Penduduk sekitar bandar itu telah memuat naik beberapa foto dan klip video yang menunjukkan ikan-ikan jatuh dari langit ketika hujan.

Terdapat banyak ikan terdampar di halaman rumah dan tempat letak kereta perniagaan di bandar itu walapun kejadian itu berlaku dalam tempoh yang singkat.

Menurut James Audirsch yang bekerja di bandar tersebut, dia dan rakan sekerjanya, Brad Pratt mendengar bunyi yang kuat dan apabila melihat ke luar, mereka terkejut melihat ikan terdampar di kaki lima.

“Terdapat bunyi guruh yang kuat dan apabila kami membuka pintu, saya lihat di luar hujan turun dengan lebat dan seekor ikan jatuh ke tanah.

“Saya kemudian berkata kepada rakan saya, ia hujan ikan,” katanya.

Menurut sebuah badan bukan kerajaan, National Geographic Society, fenomena hujan haiwan berlaku apabila haiwan kecil seperti ikan, katak dan ketam terperangkap dalam aliran air naik atau puting beliung di kawasan perairan.

Kemudiannya, haiwan-haiwan itu jatuh di lokasi yang jauh bersama-sama dengan air hujan.

Bagaimanapun, menurut seorang pakar kaji cuaca dari Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, tiada laporan mengenai kejadian puting beliung di kawasan perairan berhampiran dikesan dalam radar semalam. -SM

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button