fbpx
Luar Negara

Magic Kingdom, Animal Kingdom Disney World dibuka semula hari ini

SELEPAS ditutup selama empat bulan ekoran penularan wabak Covid-19 akhirnya Taman tema terbesar Magic Kingdom dan Animal Kingdom di Orlando, Florida dibuka semula hari ini.

Berita baik ini disambut dengan gembira oleh pelancong yang menunggu dengan sabar untuk berkunjung ke taman tema tersebut.

AP melaporkan, dua lagi taman tema iaitu Epcot dan Disney Studios Hollywood pula dijangka dibuka pada Rabu depan.

Keputusan membuka semula taman teman berkenaan ekoran Orlanda berjaya membendung jangkitan baharu termasuk beberapa sekatan yang telah ditarik semula.

Untuk rekod, semua taman tema Disney di Orlando ditutup sejak Mac lalu selepas Petubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan  virus Covid-19 sebagai pandemik.


Wabak itu melanda seluruh dunia dan usaha dilakukan untuk memutuskan rantaian Covid-19 sehinggalah penularan Covid-19 reda.

Taman tema Universal Orlando dan SeaWorld Orlando yang sebelum ini ditutup sekitar waktu yang sama bagaimanapun telah dibuka beberapa minggu lalu dengan prosedur keselamatan serta saringan kesihatan yang dipertingkatkan.

Antara peraturan baharu itu adalah pemakaian pelitup muka, pemeriksaan kesihatan mengambil suhu badan dan penjarakan sosial.

Pengunjung juga diwajibkan membuat tempahan lebih awal sebelum memasuki taman tema berkenaan.

Sungguh pun begitu, pertunjukan bunga api dan persembahan yang boleh menarik orang ramai berkumpul masih ditangguh. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button