fbpx
Bola SepakSukan

Bekas bintang bolasepak England, Jack Charlton meninggal dunia

BEKAS bintang bola sepak England, Jack Charlton yang pernah memenangi Piala Dunia 1966 disahkan meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Pengurus Leeds United dalam satu kenyataannya hari ini mengesahkan, kematian Charlton akibat sakit.

“Leeds United dalam kesedihan selepas legenda pasukan, Jack Charlton meninggal dunia malam tadi pada usia 85 tahun kerana sakit yang sekian lama,” jelas kenyataan itu.

Charlton dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan tenang di sisi keluarga di kediamannya yang terletak di Northumberland.

Untuk rekod, mendiang telah mencatat rekod 773 penampilan bersama Leeds United dalam tempoh 23 tahun dan menjadi antara pemain pertahanan tengah terbaik yang pernah ditampilkan dalam arena bola sepak. – SM


Show More

Related Articles

Back to top button