Luar Negara

Kematian pertama akibat varian Omicron di AS

AMERIKA Syarikat telah melaporkan kes kematian pertama akibat varian baharu Covid-19, Omicron di Texas.

Menurut pegawai kesihatan daerah Harris, kes tersebut merupakan kematian pertama berkaitan varian tersebut di negara tersebut.

Mangsa adalah seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an dan turut mempunyai sejarah masalah kesihatan serta tidak pernah mengambil vaksin.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengatakan bahawa ketika ini sebanyak 73 peratus daripada kes Covid-19 negara berkenaan adalah berpunca daripada varian Omicron.

Kadar jangkitan varian Omicron adalah sangat cepat dan mempunyai rintangan yang lebih tinggi terhadap vaksin. – SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button